Monday, August 3, 2009

Entri Blog Edisi Malas

Sejak dua menjak ni, aku semakin malas nak update blog, walaupun mempunyai bekalan internet yang cukup. Lebih banyak ber'facebook', ber'friendster', ber'tagged' takpun ber'mobwars'.


Cakap pasal LI plak. Aku skang duduk dalam unit EIA. Nama panjang die Environmental impact assessment. Nama melayu plak, penilaian kesan alam sekitar. Kat JASNK ni ada banyak unit, tapi unit yang boleh ditempatkan pelajar LI ialah unit operasi, unit EIA, unit penilaian awal tapak/kebenaran bertulis & pengawasan dan unit pendidikan & stor.

Sepanjang berada dalam unit EIA ni, keje-keje aku lebih kepada review laporan EIA dan buat summary laporan tu. Laporan EIA ni takde la tebal sgt, nipis sikit dari report Plant Design je, tp depend jugak la, ade tebal ade nipis. Biasenye kat kelantan ni, EIA ni lebih kepada projek tanam pokok getah klon balak, projek tanam sawit. Pemaju yang nak bukak ladang, kene buat laporan EIA. Laporan ni biasanya consultant la yang buat dan akan cover sumer aspek-aspek alam sekitar, kesan, langkah mengawal pencemaran dll.

Dalam tempoh tertentu selepas laporan EIA dikuarkan, satu lawatan ke tapak projek akan dibuat. Ari tu tapak projek yang aku pegi tu kat GuaMusang, dekat ngan Sungai Terah Palm Oil Mill. Tempat bulat ngan Kering LI aku rasa,ye kot. Tapi bukan kat kilang tu, cume on the way ke tapak je. Tapak projek tu kat lam utan, lalu kampung orang asli jugak. Masa lawat tapak tu agensi-agensi kerajaan akan hadir jugak cam perhilitan, JPS, JMG,pejabat tanah dll.

*gambar hiasan

Lepas lawat tapak,seminggu dua pastu akan dibuat mesyuarat EIA. Bincang pape yang patut, perkara yang berbangkit. Aku jadik pencatat minit mesyuarat je. Budak-budak LI laen pon sama la.

Tapi keje kat sini takde la ikut unit sangat, kalu ade staf ajak keluar wat operasi ke, check asap kenderaan ke, check air laut@sungai@tanah ke, ikut je. Macam KeKas ari tu under unit pendidikan, boleh je join.

Bila dah masuk dunia kerja ni, banyak yang aku leh tengok, espeseli dunia politik tempat keje. Dunia realiti. Aku jadi pemerhati je. Belaja pape yang patut. Yang baek dijadikan sempadan, yang jahat dijadikan teladan.


Read more...

Wednesday, July 8, 2009

Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS 2009)

Pada 2-4 Julai lepas,Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah menganjurkan satu Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS 2009) bertempat di Gelora Beach Resort, Bachok, Kelantan. Peserta KeKAS ni terdiri daripada 40 orang pelajar SMK Kadok (bukan Rahaiminullah) dan 40 orang pelajar SMK Kamil. Maka aku dan 5orang pelajar prektikal lain ( Mimi, Kuna, Ain, Malahah,Malini) telah diminta mnjadi fasilitator. Tp yg handle benda alah ni staf JAS la.

Kem ni terbahagi kepada dua bahagian iaitu pada 2-3 Julai, peserta yang terlibat ialah dari SMK KAdok, manakala pada 3-4 Julai peserta yang terlibat ialah dari SMK Kamil. Jadi dua sekolah ni tak bercampur aduk la. Kem ni diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan alam sekitar.


SMK KADOK, Ketereh (2-3 Julai 2009) - Skali lagi diulangi ini bukan sekolah kadok@rahaiminullah.

Peserta yang terlibat ialah seramai 20 pelajar lelaki + 20 pelajar perempuan + 2 guru pengiring. Menurut cikgu sekolah kadok, kebanyakan pelajar yg terlibat adalah terdiri dari pelajar yang berjawatan (ketua pengawas, pengawas pustakaan,ketua kebersihan dll).

Aktiviti bermula dengan pendaftaran pelajar pada pukul 10pagi. Pastu sesi ice breaking, setiap peserta memperkenalkan diri.

Lepas zohor aktiviti diteruskan dengan ceramah oleh staf JAS, cik MAt Rusdi bertajuk 'Alam Sekitar dan Manusia'.

Petang pulak peserta diminta membina bandar lestari dari pasir yang berkonsepkan mesra alam sekitar. Setiap kumpulan kemudiannya diminta membentang kepada pihak urusetia apa yang spesel tentang bandar tersebut.

Malam lepas isya, ada game sudoku. Tengah malam pulak ada game combat. Peserta dibahagikan kepada dua team, satu team attack dan satu lg defend. Team defend akan diberikan 2 batang lilin yang idup, lampu suluh dan belon air. Mereka dikehendaki mempertahankan lilin dari team attack menggunakan lampu suluh dan belon air. Team attack akan cuba untuk memadamkan lilin. And of course, game ni dimainkan dalam gelap.

Kat bawah ni gambar-gambar di tempat kejadian (SMK Kadok):


[aktiviti pendaftaran pelajar. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan]


[pendaftaran lagi]


[aktiviti pemecahan air batu yang diselia oleh staf JAS,Kak La]


[lagi icebreaking]


[ceramah kesedaran alam sekitar]


[penampilan ekslusif cik ashri-berbaju ijau-drebar JAS bersama peserta]

[mengisi belon untuk game combat malam nanti. Peja (staf JAS) cuba untuk mengorat sorang pelajar SMK Kadok namun cubaan beliau tidak berjaya kerana budak itu sudah ada pakwe]

[aktiviti membina bandar pasir lestari yang mesra alam sekitar]

[salah satu bandar lestari]

[Sesi pembentangan bandar lestari]


[game sudoku pada waktu malam]


[belon air untuk main combat-baling2 belon air]


[ready untuk main combat dalam gelap]


[pasukan defend tgh berehat time game combat]


[aktiviti pagi, biase la...senaman pagi regang-regang badan]


[aktiviti menyusuri tepi pantai sambil kutip sampah]


[majlis penutup untuk SMK Kadok - penyampaian sijil,hadiah,cenderahati oleh wakil dari JAS kepada PK Ko SMK KAdok]



SMK KAMIL, Pasir Puteh (3-4 Julai 2009)

Peserta yang terlibat ialah seramai 40 orang pelajar perempuan + 2 orang guru pengiring. Kesemua mereka merupakan ahli Kelab Pencinta Alam SMK Kadok. Mereka dibahagi kepada 5 kumpulan dan untuk sekolah ni, setiap fasi takeover satu kumpulan.

Setiap kumpulan perlu memilih satu nama untuk kumpulan berdasarkan nama binatang dan perlu membuat gaya dan bunyi kumpulan. Ada kumpulan itik,burung atu,kambing, ular dan kucing.

Untuk aktiviti pulak lebih kurang sama je ngan SMK Kadok kecuali aktiviti tengah malam je lain iaitu game combat digantikan dengan 'Solo Night'. Setiap peserta akan menutup mata dengan kain itam dan ditinggalkan di tempat tertentu berseorangan.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar KeKAS SMK Kamil:-


[pendaftaran peserta SMK Kamil]


[ice breaking, bahagi kumpulan]


[persembahan nama,gaya dan bunyi kumpulan]


[main pasir]


[fasi-fasi praktikal JAS]


[gambar ramai-ramai]


[ramai-ramai lagi]


[taklimat untuk Solo Night]


[Solo Night]


[senaman pagi sambil tgk matahari terbit]


[Kuna posing kan main]


[team itik]


[lagi team itik]


[fasi dan staf JAS]


[majlis penutup KeKAS SMK Kamil]

[penyampaian sijil, hadiah dll ....]


Program tamat keseluruhannya pada pukul 11 pagi 4 Julai 2009. Letih dapat, seronot pon dapat. Hasil dari menjadi fasilitator ni aku dianugerahkan dengan sekeping sijil penghargaan dan beberapa no telepon aweks skolah menengah. Terimakasih kepada Pn. Faridah, staf-staf JAS, barisan fasilitator dan pelajar sekalian.


"Cintailah Alam Sekitar Kita"

Read more...

Monday, July 6, 2009

Hari-Hari Awal di Jabatan Alam Sekitar

15 Jun 2009

Hari ini adalah hari di mana aku melaporkan diri untuk menjalani latihan industri di Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Di situ aku dan seorang lagi pelajar dari UMP, Kuna ditempatkan. Sehari sebelom tu Kuna dah telepon org JAS ni, dorang cakap pukul 9.00 pagi pegi jumpa Pn. Faridah. Sesampai je aku ngn Kuna terus gi kaunter utama tanya mana meja Pn Faridah..tp orang kat bawah tu pulak suruh gi jumpa Encik Mat Rusdi. Pulak.

Jumpa Cik Mat Rusdi. Perkenal diri sikit-sikit. Dia pon terangkan la serba sket cara kerja kat situ. Pastu dia bagi sekeping sorang ‘punchkad’ untuk rekod masa keluar masuk.

Kat JAS ni time aku masuk ni dah ada dalam 18 pelajar LI dari IPTA lain. Campor aku ngan Kuna jadik 20 orang. Daripada 20 orang tu,6 laki + 14 pompuan.

Ok. Abis bab lapor diri. Budak-budak pompuan dorang tempatkan kat tingkat 1, sebuah bilik tetamu. Budak-budak laki duk kat tingkat bawah, dalam library.

Budak2 laki ada 6 orang termasuk aku.
Norhisyam (Isey) - budak civil engineering USM
Syuwari (Wari) - Budak Chemical engineering UTM
Hidayat (Pok Yat) - juga amik cos chemical engineering USM
Afrizal- budak Chemical engineering USM juge
Khairy Yusof (KY) - Chemical engineering UPM, dulu dia amik diploma kat UMP,batch sekali ngan Atiq, Kherulapizan dll.

Budak-budak pompuan aku tak sempat ah nk knl sumer. Kenal gitu-gitu je.


6 Julai 2009

Ramai budak praktikal dah abis. Yang laki tinggal aku ngan Wari je, yang pompuan ada 5 orang lagi termasuk Kuna. Minggu ni pun diorang akan tamat praktikal,so tinggal aku ngan Kuna jela. Tapi ari ni ade budak baru pulak dah masuk,dari Uitm Arau, Perelis. Budak diploma. 4 orang. 2 laki 2 pompuan. Ada la teman nak berbual lepas ni. Huhu. Sekian jela intro psl El Ai.

Read more...

Monday, June 29, 2009

Entri Terpendek Aku

LI dah start...15 JUn lepas...

Read more...

Friday, May 1, 2009

Mari Berpantun

Bermula semalam seorang demi seorang pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) telah meninggalkan kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) setelah 4 tahun (kalau direct entry tu 6 thn) bertungkus lumus belajar. Sepanjang 4-6 thn ni byk kenangan2 lama menjelma. Rasa gembira pasal dh nak grad. Rasa sedih pasal nk berpisah ngan kekawan. Lagi sedih pasal lepas ni dah susah nak dapatkan cerita2 download yang latest dr pakar-pakar download cerita.

Dalam ramai-ramai yang balik,still ade yang stay sini sampai 18hb mei. Ade yang ade xtvt, ade yang sayang nk tinggalkan UMP, ade yang nk setelkan lesen kete moto, ade yang tunggu hardbound PSM siap. Macam2 la. Tp ok gak tu. Kasi can la budak2 final year cam kitorang ni nk duk lama-lama kat UMP ni. Pasni dh susah nk dtg dh. Kalu dtg pon mybe masa grad nnt.

Lepas ni dah susah dah nk berjumpa. Tp xpa2, kita ada bnyk connection. Apa guna ada friendster, facebook,blog,tagged,myspace,ym,skype hatta talipon mahal2 kalau xberhubung langsung. Kalau ada masa leh anjurkan reunion ka, majlis ari raya ka, buka puasa beramai2 ka, baru best.

Pasni sekor2 dh nk gi latihan industri(LI). Harap semua kawan2 enjoy LI. Dapat elaun tinggi sorang-sorang. Aku jugak dapat JAS( xdpt elaun,huhu). Harap2 dapatla aku jumpa Karam Singh Walia pasni. Boleh belajar peribahasa canggih manggih dari dia. Kat sini pon aku nk kasi dua pantun. Ditujukan khas buat kawan2 bdk final year FKKSA.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan didalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada yg umur panjang,
boleh kita berjumpa lagi.







Read more...

Thursday, April 30, 2009

Pengakuan Seorang Jantan Kepada 5 Orang Awek

"Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tadi, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul enam lebih. Kelam kabut aku bersiap nak pi airport. Kena ambek GM turun dari KL. Mana tidaknya, malam tadi aku tidor lambat memikirkan cemana aku nak dapatkan kereta sewa. General Manager KL bukan nak sound awal kata nak turun jb. Pukul 8 malam baru cakap nak turun jb. Kelam kabut aku dibuatnya. Mujur ada member yang sanggup pinjamkan kreta dia dulu. So, kenalah pk sendiri apa nak buat! Klien tau dok memekak jer!! Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke? Minta maaf, Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku.



Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. Sorry bebanyak la, Zu. Bukan aku lupa kat ko. tapi kengkadang aku ada lunch bersama klien. Apa nak buat. Kalau aku ada meeting nak wat, time2 nie lah aku sebok nak kejar masa. Nak setelkan apa-apa yang patut nak ngajor staf-staf aku. Kalau tak ada meeting pun, aku dok kat opis buat proposal untuk tender seterusnya. Lepas tue, bila perut dah lapar, aku terus je pergi kedai bawah opis aku nie. Ala, kedai mamak Restoran Habib tu. Lepas pekene nasi campur terus aku masuk opis semula, aku tak lengah,terus tertidur merehatkan mata sebab pagi tadi tidur lambatt. Klau tak pun, time mcam nie staf aku tak ada dekat opis, aku pun check lah email aku..masuk speedfinger..tak pun aku bukak YM aku. dok chat dengan member2 aku. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau time-time macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.



As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang kengkadang lepas aku habis kerja, aku terus pie jumpa kawan2 bisnes aku dekat My Friend Tom Yan...apalagi.. dok bebual lah pasal kerja. ko pun tahu kan kerja aku nie kena banyak bergaul dengan org2 besar,orang2 korporat, datuk2 datin2! kalau tak macam mana aku nak dapat bisnes. kalau dah pekena nescafe dekat kedai mamak tue dengan derang yang lain.. aku terlupa masa pun berjalan sepintas lalu.



Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab engkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Aku balik kengkadang pun tak tahu bila. kalau balik petang dari opis tue pun.. belum tentu sampai nak jumpa kau. Ko tahu jer lah.. jalan jem bila dah petang2 macam ie. kakitangan krajaan n swasta balik kerja semua serentak. dah lak tue, air cond keter aku rosak! Kena bersaunalah aku sepanjang jalan. berpeluh..peluh....Balik aje , aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dan peluh dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku call ajak keluar.



Pastu Isy lak..Isy pon aku lama tak jumpa. Aku tahu ada temujanji dengan Isy malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Citer P.Ramlee ngan Baik Punya Cilok lepas tue. Isy,sorry. Last-last,semuanya awek aku yang setia ngan aku dulu aku tinggalkan.



Kawan-kawan semua, untuk pengetahuan korang, nama sebenar awek-awek aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Isy masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah kawan kita yang sebenar, yang akan backing kita kat akhirat nanti. Semoga cerita ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada anda semua. Wallahualam."



p/s: Jantan di atas bukanla aku, tp sesame la kite amik iktibar. Sekadar peringatan untuk diri aku sendiri yang kerdil lagi hina khususnya(memandangkan aku akan LI@praktikal tak lama lagi) dan orang lain amnya. Solat itu amat petim skali.

Read more...

Sunday, April 26, 2009

Respons Kepada Puisi Fendi: Damai di Hati

Petikan rangkap kedua dan keempat terakhir puisi nukilan pendi berjudul damai di hati,
*untuk rangkap penuh sila layari blog beliau (arrogant of power).

Al-Ghazali, Al-Shafie ingin aku temui
Ilmu yang tinggi buat pedoman diri
Akan tetapi nasib tidak menyebelahi
Siti Rosa juga yang ku jumpai

Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Walaupun aku mempunyai ramai perempuan
Tak semestinya aku ni buaya.

**gambar di atas adalah gambar betol, bukan edit guna potosop**

Ya. Beliau memang mempunyai ramai perempuan. Gambar di atas adalah bukti yang mana kekacakan beliau mampu menarik perempuan2 untuk bergambar dengan beliau. Di celah manusia2 yang bertudung itu muncul seorang jejaka yang mampu mencairkan hati seorang perempuan bernama siti rosa. Itulah manusia yang bernama pendi. (khabar angin ada mengatakan lagu pelamin anganku musnah nyanyian azie yang selalu dipasang oleh pendi adalah lagu kegemaran siti rosa).

Ya betol. memang beliau ada ramai pompuan, tapi beliau bukan buaya, beliau hanya seorang manusia yang setia. Tetap setia bersama siti rosa.


Read more...

  © Blogger template Fishing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP